Saturday, January 24, 2015

Dugaan besar dalam hidup mommy ngan abah

Assalamualaikum..kali ni mommy tulis xseperti hari2 yg dulu..yg penuh ceria yg penuh gile...tapi kali ni tulisan mommy menggambarkan perasaan yg sangat sayu duka takut dan risau akan kehilangan anak kesayangan mommy Shaheen El Zaara.

Genap Zaara 3 tahun pada tahun lepas dia masuk hospital selama 5 hari..demam yg berpanjangan xbaik2..
walau doktor dah ambik sample darah utk cek still negatif dgn apa jua jenis penyakit pun sehinggalah doktor suggest nak ambik sum sum tulang dia atau bone marrow (BMA)..Tapi saat tu mommy refuse xbagi doktor buat walau abah dah sign surat kebenaran tu..masa tu mommy buntu stress xtau nak buat keputusan..at last,
mommy buat keputusan discharge zaara tanpa kebenaran hospital. Start dari haritu, mommy ngan abah cari rawatan alternatif untuk berubat zaara. Namun hasilnya hampa..Zaara still demam. Sehinggalah minggu lepas
mommy tgk Zaara pucat dan nampak weak sgt..pergi kedai pun zaara dh xnak jalan walau zaara yg nak pi.
Mommy dukung sepanjang perjalanan dr rumah ke kedai..naik turun tangga..ada makcik2 yg kata Zaara dah besar nape xbagi jalan..dorang xtau yg zaara sakitkan..sian anak mommy.

Hari isnin lepas (19 Jan 2015) mommy ajak abah bwk Zaara pi Hospital Pantai dekat ngan rumah kita..
tapi doktor advise agar mommy bawak Zaara gi hospital besar sbb kes Zaara ada kat sana..so, mommy terpaksa bwk zaara gi refer kat GH..xpelah Zaara GH pun bnyak pakar..lepas Zaara masuk je wad esoknya terus doktor buat prosedur BMA tu..and esok petang tu mommy ngan abah dipanggil doktor utk diberitahu keputusan BMA tu..tepat pukul 4 luluh hati mommy ngan abah bila dengar Zaara positif Luekemia ALL.
Abah lari keluar nangis kat belakang blok..mommy tau abah sgt terkesan sbb Zaara sorang je anak perempuan dia..mommy masih lagi kuat walau hiba sgt..mommy kuatkan semangat abah mommy kata
"xsemestinya dia dapat sakit tu dia akan mati esok dan kita yg sihat ni akan hidup 100 tahun"
...sedih sgt mommy ngan abah masa tu...Doktor bgtau zaara kena start buat kemo..sedih sgt mommy..terfikir camnelah anak mommy nak lalui kesakitan kemo tu...kalaulah Allah boleh tukarkan kesakitan tu kat mommy biar mommy yang tanggung sayang.